Penemuan dan penamaan Orang_utan_Tapanuli

Populasi orangutan yang terisolasi di Batang Toru, Tapanuli Selatan mula-mula dilaporkan oleh ekspedisi pada tahun 1997, tetapi ia tidak diiktiraf sebagai spesies yang berbeza.[3] Ia hanya dikenalpasti sebagai spesis orang utan yang berbza pada tahun 2017, berikutan satu kajian filogenetik terperinci telah dilakukan. Kajian tersebut mengumpuk sampel genetik daripada 37 orang utan, dan menjalankan analisis morfologikal ke atas 33 orang utan jantan dewasa.[1] Komponen utama kajian ini ialah rangka seekor jantan dewasa yang meninggal setelah dicederakan oleh penduduk tempatan, yang kemudiannya ditetapkan sebagai holotaip spesies. Spesimen didapati mempunyai ciri-ciri fizikal yang tersendiri berbanding dengan kumpulan spesimen utama, terutamanya dalam ciri-ciri tertentu pada tengkorak dan gigi.[4] Tengkorak dan poskranium spesimen disimpan di Muzium Zoologi Bogor.[1] Kajian genetik juga menunjukkan bahawa populasi Batang Toru harus dianggap sebagai spesies yang berbeza, dengan dua sampel yang diambil dari populasi menunjukkan perbezaan yang signifikan dari dua spesies orang utan yang lain dalam analisis komponen utama.[1][5]